KIS Program Jiwa @Kelab Malaysiaku_Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi
16 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Julai 2026, telah berlangsung Takilmat Kempen Internet Selamat (KIS) yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 9.30 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang keselamatan dalam internet.
Staf NADI mewakili MCMC memberikan taklimat di bawah modul remaja yang berumur 13 tahun ke atas. Modul ini merangkumi 4 tajuk utama iaitu, Maklumat Palsu, Cybergrooming, Jejak Digital dan Buli Siber. Seletah selesai taklimat, peserta di beri kuiz untuk menguji famahan masing-masing tentang topik yang dikongsikan.
Dengan adanya program seperti ini, jenayan siber dapat dikurangkan dan pelajar sekolah lebih berhati-hati dalam menggunakan internet. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: